There are thousands of ways to express our feelings and ideas such as through music, writing and video clip. Frankly speaking, i usually express my feeling through making video clip. Almost 5 years involving in making video clip, i have done more than 15 video clips including slideshow, short video, and short movie. In order to create a tremendous video clip or short movie, a director should have very high quality vision as well as creative ideas so that the video won't look dull and 'busuk' ^_^.
Kabir Bhatia
Don't forget to watch his new movie, called 'Keabadian Cinta' at ASTRO CITRA.
The article below is an overview by Utusan Malaysia:
Kabir Bhatia merupakan pengarah yang berjaya mengangkat tiga kisah cinta dalam filem berjudul arahannya, Cinta yang mendapat sambutan hangat ketika ia ditayangkan di pawagam beberapa tahun lalu.
Selepas filem, pengarah berasal dari India itu kini tampil lagi menerusi paparan tiga kisah cinta berbeza yang dimuatkan menerusi telemovie terbaru arahannya berjudul Keabadian Cinta hasil skrip tulisan Mira Mustaffa.
Menurut Kabir, telemovie dengan durasi sekitar 90 minit yang akan ditayangkan menerusi saluran Astro Citra pada 14 Februari ini pukul 9 malam merupakan idea hasil daripada imaginasinya daripada kisah-kisah cinta.
Katanya, Keabadian Cinta yang skripnya ditulis oleh isteri beliau itu, ia bukan sekuel daripada filem Cinta, sebaliknya hanya mengambil konsep paparan tiga kisah cinta yang dirangkumkan ke dalam sebuah jalan cerita.
"Jalan cerita Keabadian Cinta dan filem Cinta tidak sama. Menerusi telemovie ini ia mengupas sebuah cerita romantik mengenai tiga pasangan terbabit. Banyak perkara yang boleh diungkap tentang rasa cinta dalam sebuah cerita.
"Sebagai contohnya, saya mahu menggambarkan bahawa cinta itu datangnya daripada rasa, hati dan perasaan. Ada pasangan yang saya gambarkan dalam telemovie ini seperti watak lakonan Sari Yanti yang buta.
"Namun kerana adanya rasa cinta maka mata yang buta bukan halangan untuk watak tersebut merasai perasaan itu," katanya bercerita kepada Hits tentang Keabadian Cinta pada pertemuan di Bangsar, Kuala Lumpur baru-baru ini.
Telemovie terbitan Film Scape Production itu dilakonkan oleh ramai pelakon popular antaranya Remy Ishak, Sari Yanti, Cheryl Samad, Gavin Stemhouse, Fatimah Abu Bakar dan Eizlan Yusof.
Cheryl Samad yang sebelum ini pernah berlakon dalam drama bersiri Astana Idaman arahan Kabir berasa teruja melakonkan watak Maya dalam Keabadian Cinta yang menurutnya sarat dengan elemen cinta romantik hasil arahan pengarah itu.
Katanya, watak Maya iaitu seorang gadis Melayu yang berkawan dengan seorang jejaka mat salih iaitu David yang dilakonkan oleh Gavin begitu mencabar bakat lakonannya sepanjang terbabit dalam bidang lakonan lima tahun lalu.
"Selain memaparkan hubungan cinta antara watak Maya dan pasangannya yang berlainan bangsa dan agama, telemovie ini juga menguji kemampuan saya mewakili ramai gadis Melayu yang berkahwin dengan mat salih akhir-akhir ini.
"Ini mungkin salah satu realiti yang hendak digambarkan oleh Kabir bahawa cinta juga tidak mengenal batas sempadan bangsa dan agama," ujarnya yang sebelum ini pernah berlakon dalam drama Front Page juga arahan Kabir.
Eizlan Yusof yang melakonkan watak Rashad dalam telemovie menelan kos sekitar RM200,000 itu turut berasakan suatu kelainan dalam jalan cerita yang memaparkan topik cinta yang banyak berlaku dalam masyarakat.
Jelasnya, Keabadian Cinta yang menjalani penggambaran di sekitar Kuala Lumpur dan Port Dickson, Negeri Sembilan itu misalnya, memaparkan watak Rashad iaitu lelaki dewasa yang bercinta dengan gadis remaja.
"Watak Rashad yang saya lakonkan juga mahu menggambarkan tentang satu lagi kisah cinta dalam telemovie ini iaitu tentang seorang lelaki berusia 40-an bercinta dengan gadis remaja berumur awal 20-an.
"Paling menarik apabila Rashad bukan sahaja bercinta dengan gadis remaja, malah kekasihnya itu juga merupakan anak kepada kawan baiknya. Di sinilah timbulnya konflik dalam cerita pasangan tersebut," katanya.
Sementara itu, Fatimah Abu Bakar yang melakonkan watak Mama, ibu kepada Maya (Cheryl Samad) tidak menafikan Keabadian Cinta mempunyai jalan cerita dan sinematografi yang menarik.
Tambahnya, penonton dijangka tidak akan kecewa menonton telemovie terbaru arahan Kabir Bhatia yang disifatkannya hampir sama hebatnya dengan Cinta yang turut dilakonkan oleh beliau.
"Walaupun ini adalah telemovie tetapi gaya sinematografi dan jalan cerita yang dipaparkan seperti sebuah filem. Saya dapati jalan cerita dan para pelakon yang ditonjolkan dalam telemovie ini ada kelas tersendiri.
"Watak David lakonan Gavin contohnya cukup mantap walaupun dialognya dalam bahasa Inggeris. Saya sendiri yang melatih Gavin dapat merasakan mutu lakonannya dalam telemovie ini. Saya juga puas hati dengan watak lakonan saya.
"Watak mama, memerlukan saya menjadi seorang ibu yang cukup kuat berleter dan kecoh di mana ia berbeza dengan watak Rubiah yang saya lakonkan dalam filem Cinta," kata ibu kepada pelakon popular Sharifah Amani ini.
2 comments:
cm best je...
Best ke A.Razif? Cam tak best je..
Post a Comment